Klinik Al-fatih 24Jam Kubang Kerian

Cara Mengenalpasti Jenis Sakit Lutut dan Bagaimana Rasanya

Kenapa Sentiasa Sakit Lutut?

Sakit lutut adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang di Malaysia. Mengenalpasti jenis sakit lutut serta bagaimana rasanya adalah langkah pertama untuk mencari penyelesaian yang berkesan. Dalam artikel ini, kita akan berkongsi bagaimanakah untuk kita mengenalpasti jenis sakit lutut dan bagaimana rasanya, serta memberikan panduan praktikal bagi mereka yang mungkin mengalami masalah ini.

Jenis-Jenis Sakit Lutut.​

Radang Sendi (Osteoarthritis):

ilustrasi orang tua rasa sakit tajam atau tumpul di lutut ketika duduk - cara mengenalpasti jenis sakit lutut dan bagaimana rasanya
  • Cara Mengenali:
    • Kemerahan, bengkak, dan rasa panas di sekitar sendi lutut.
  • Bagaimana Rasanya:
    • Rasa sakit tajam atau tumpul, terutama semasa memulakan pergerakan selepas duduk yang lama.

Koyakan Meniskus:

cara mengenalpasti jenis sakit lutut dan bagaimana rasanya - koyakan meniskus
  • Cara Mengenali:
    • Bengkak yang cepat selepas mengalami kecederaan .Rasa seperti ‘terkunci’ atau ‘tersangkut’.
  • Bagaimana Rasanya:
    • Rasa sakit tiba-tiba ketika bergerak atau pusingan sendi.

Ligamen Lutut Tercedera:

ilustrasi pelari terduduk kerana mengalami sakit lutut yang mencucuk - cara mengenalpasti jenis sakit lutut dan bagaimana rasanya
  • Cara Mengenali:
    • Sakit teruk dan kelemahan pada sendi,sakit semasa pergerakan-pergerakan tertentu.
  • Bagaimana Rasanya:
    • Rasa sakit meningkat ketika membengkok atau meluruskan lutut.

Keradangan Tulang Patella:

ilustrasi pelari merasa tekanan atau terbakar pada lutut - cara mengenalpasti jenis sakit lutut dan bagaimana rasanya : Keradangan Tulang Patella
  • Cara Mengenali:
    • Sakit pada bahagian depan lutut, terutama semasa menaiki tangga atau
      melompat.
  • Bagaimana Rasanya:
    • Rasa tekanan atau terbakar pada bahagian tersebut. Lutut mudah berbunyi semasa bengkok atau semasa meluruskan lutut.

Keradangan Autoimmune (Rheumatoid athritis):

ilustration lutut nenek berdenyut kesakitan ketika ingin bergerak menggunakan tongkat - cara mengenalpasti jenis sakit lutut dan bagaimana rasanya
  • Cara Mengenali:
    • Bengkak bahagian lutut dan juga sendi-sendi kecil yang lain, sendi kebiasaan secara semetri iaitu kedua2 belah lutut.
  • Bagaimana Rasanya:
    • Kesakitan yang tajam mencucuk dan berdenyut semasa bergerak, merasakan keradangan dan bengkak yang membuat tidak selesa untuk bergerak.

Keradangan Gout:

ilustration lutut membengkak dalam kesakitan - cara mengenalpasti jenis sakit lutut dan bagaimana rasanya
  • Cara Mengenali:
    • Bengkak bahagian atas tempurung lutut. Sakit semasa rehat, dan sakit bila berpijak.
  • Bagaimana Rasanya:
    • Mencucuk di bahagian bengkak, tidak dapat meluruskan kaki sepenuhnya.

Kesimpulannya:

Setiap jenis sakit lutut memberikan pengalaman & rasa yang berbeza. Rasa sakit boleh menjadi tajam, membakar, atau bahkan terasa seperti ‘tekanan’ pada sendi lutut. Penting untuk mengetahui jikalau sakit ini bersifat kronik, berterusan, ataudatang secara tiba-tiba.

Cara Mengetahui Terperinci dan Diagnosis:

  • Sekiranya rasa sakit lutut berterusan atau semakin teruk, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan.Doktor akan bertanya mengenai sejarah kecederaan dan sejarah kesihatan semasa.
  • Doktor akan memeriksa secara fizikal dan ultrasound di bahagian sakit.

Antara Cara Mengatasi Sakit Lutut:

  • Fisiotherapy dapat membetulkan ,menguatkan struktur lutut.
  • Ubat ubatan. Ubat Tahan sakit,ubat keradangan,ubat saraf dan juga suplemen-suplemen lutut
  • Cara paling berkesan.
    • Menambah cecair gel lutut adalah solusi untuk mengurangkan sakit lutut dan menangguhkan pembedahan tukar lutut (Total Knee Replacement) yang mengerikan. Suntikan tambah gel melindungi sendi lutut serta membaiki keradangan pada struktur daripada rosak.
illustrasi rawatan ultrasound sakit lutut

Rawatan Terbaik untuk Sakit Lutut Anda

4.9 Google Review

2 thoughts on “Cara Mengenalpasti Jenis Sakit Lutut dan Bagaimana Rasanya

    • Author gravatar

      Ahaa, its nice conversation about this article at
      this place at this blog, I have read all that,
      so at this time me also commenting at this place.

    • Author gravatar

      I have been browsing online more than three hours today, yet I never found
      any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me.

      In my view, if all webmasters and bloggers made good content as you did, the
      net will be a lot more useful than ever before.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *